FAQ
Soalan yang selalu ditanya.
Jawapan ringkas kepada soalan biasa tentang unit trust, PRS dan cara kami bekerja.
Asas
Apa itu unit trust?
Unit trust mengumpul wang ramai pelabur ke dalam satu dana yang diurus oleh pengurus dana profesional. Dana itu dilaburkan dalam saham, bon, instrumen pasaran wang atau aset lain ikut objektifnya. Anda memiliki unit dalam dana tersebut, dan nilai unit berubah mengikut nilai aset dana.
Apa beza unit trust dan PRS?
Kedua-duanya diurus oleh pengurus dana. PRS khusus untuk persaraan: ia layak pelepasan cukai tahunan (tertakluk syarat LHDN), dan pengeluaran sebelum umur persaraan tertakluk syarat dan penalti cukai. Unit trust biasa lebih fleksibel untuk pelbagai matlamat.
Adakah pulangannya tetap?
Tidak. Harga unit dan agihan (jika ada) boleh naik dan turun, dan anda mungkin mendapat kembali kurang daripada jumlah yang dilaburkan. Prestasi lalu bukan petunjuk prestasi masa depan. Kami terangkan prestasi dana berbanding penanda arasnya, dalam tempoh yang dinyatakan.
Ada pilihan patuh Shariah?
Ya. Terdapat dana unit trust dan PRS yang patuh Shariah. Beritahu kami pilihan anda semasa sesi pertama.
Bermula
Berapa minimum untuk mula?
Melalui pelan pelaburan bulanan, anda boleh mula dari RM100 sebulan. Jumlah minimum untuk pelaburan sekali bergantung pada dana; kami akan maklumkan semasa memilih dana.
Bagaimana nak buka akaun?
Akaun dibuka online melalui Manulife Investments dalam lebih kurang 10 minit. Anda perlukan MyKad, akaun bank atas nama sendiri, emel dan nombor telefon. Panduan bergambar ada di halaman Sumber.
Boleh keluarkan wang bila-bila masa?
Untuk unit trust, anda boleh menjual (redeem) unit pada hari bekerja dan wang dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam prospektus. Untuk PRS, pengeluaran sebelum umur persaraan adalah terhad dan tertakluk syarat serta penalti cukai.
Caj dan perunding
Apa caj yang dikenakan?
Caj jualan, yuran pengurusan dan caj lain adalah seperti yang dinyatakan dalam prospektus / Disclosure Document dan PHS setiap dana. Kami terangkan semuanya sebelum anda melabur, dan tidak mengenakan caj tambahan.
Ada rebat atau diskaun tunai?
Tidak. Kod Etika FIMM tidak membenarkan perunding memberi rebat atau diskaun tunai kepada pelabur.
Bagaimana nak semak perunding berdaftar?
Semua perunding unit trust dan PRS mesti berdaftar dengan FIMM. Semak status pendaftaran di laman FIMM.
Siapa yang mengendalikan setiap servis?
Unit trust dan PRS dikendalikan oleh perunding berdaftar FIMM. Takaful, insurans, wasiat dan hibah dikendalikan oleh ahli pasukan atau pihak yang berlesen atau berdaftar untuk bidang masing-masing.
Siapa yang akan membalas WhatsApp saya?
Ika, Admin kami. Ika akan menjawab soalan asas dan mengatur masa untuk anda berbual dengan perunding.
Mula di sini
Soalan anda tiada di sini?
Tanya terus. Kami balas di WhatsApp.
Mesej anda akan dihantar kepada Ika (Admin) di WhatsApp.