Servis

Penyelesaian untuk masalah kewangan anda.

Lapan servis, satu pendekatan: faham dulu situasi anda, kemudian baru cari penyelesaian.

Unit trust

Pelaburan sekali atau bulanan, dipilih ikut matlamat dan profil risiko anda.

Unit trust mengumpul wang ramai pelabur ke dalam satu dana yang diurus oleh pengurus dana profesional, dan dilaburkan dalam saham, bon atau aset lain ikut objektif dana.

Apa yang anda dapat

  • Labur sekali (lump sum) atau bulanan melalui pelan pelaburan bulanan, dari RM100 sebulan
  • Pilihan dana patuh Shariah dan konvensional
  • Dana dipilih ikut matlamat, tempoh dan profil risiko anda
  • Caj dan risiko diterangkan dengan jelas sebelum anda melabur

PRS (Skim Persaraan Swasta)

Pelaburan persaraan jangka panjang secara sukarela, layak pelepasan cukai tahunan (tertakluk syarat LHDN).

Skim Persaraan Swasta (PRS) ialah skim sukarela untuk melabur bagi persaraan, sebagai tambahan kepada caruman wajib anda. Ia sesuai untuk pekerja makan gaji, pekerja sendiri dan suri rumah.

Apa yang anda dapat

  • Sumbangan sukarela, ikut kemampuan anda
  • Layak pelepasan cukai tahunan, tertakluk syarat LHDN
  • Pilihan dana ikut umur dan profil risiko
  • Pengeluaran sebelum umur persaraan tertakluk syarat dan penalti cukai

Takaful dan insurans

Perlindungan untuk diri dan keluarga, melalui ahli pasukan yang berlesen.

Perlindungan membantu anda dan keluarga berdepan risiko seperti sakit, kemalangan atau kematian. Ahli pasukan kami yang berlesen akan terangkan pilihan yang ada dan semak perlindungan sedia ada anda.

Apa yang anda dapat

  • Semakan perlindungan sedia ada
  • Pilihan pelan ikut keperluan dan bajet anda
  • Manfaat dan pengecualian diterangkan sebelum anda membuat keputusan
  • Dikendalikan oleh ahli pasukan yang berlesen takaful atau insurans

Hutang dan kad kredit

Bimbingan untuk menyusun hutang dan mengawal penggunaan kad kredit.

Hutang yang tidak tersusun boleh menjejaskan aliran tunai bulanan. Kami bantu anda lihat gambaran penuh hutang anda dan susun langkah untuk mengurusnya.

Apa yang anda dapat

  • Senarai semua hutang dan kadar caj
  • Susunan keutamaan bayaran yang jelas
  • Tips menggunakan kad kredit secara berhemah
  • Bimbingan umum sahaja; kami bukan pemberi pinjaman

Wasiat, hibah dan pusaka

Urusan pengagihan harta, melalui pihak yang berlesen atau berdaftar.

Tanpa dokumen yang teratur, urusan harta selepas kematian boleh jadi panjang untuk keluarga. Kami hubungkan anda dengan pihak yang berlesen atau berdaftar untuk urusan wasiat, hibah dan pusaka.

Apa yang anda dapat

  • Penerangan asas tentang wasiat dan hibah
  • Mengikut keperluan keluarga anda
  • Dokumen disediakan oleh pihak yang berlesen atau berdaftar

Pelaburan korporat

Untuk lebihan tunai syarikat yang tidak diperlukan dalam masa terdekat.

Untuk syarikat yang mempunyai lebihan tunai dalam akaun semasa dan ingin melabur sebahagiannya dengan tempoh dan tahap risiko yang sesuai.

Apa yang anda dapat

  • Akaun atas nama syarikat
  • Pilihan dana ikut keperluan tunai dan tempoh syarikat
  • Dokumen yang diperlukan diterangkan dari awal

Semakan portfolio

Semak pelaburan sedia ada dan susun semula supaya selari dengan matlamat anda.

Sudah ada pelaburan? Kami semak apa yang anda pegang sekarang, terangkan prestasinya berbanding penanda aras, dan cadangkan langkah supaya selari dengan matlamat anda.

Apa yang anda dapat

  • Semakan pegangan dan agihan aset
  • Penerangan prestasi berbanding penanda aras, dalam tempoh yang dinyatakan
  • Tukar dana (switching) hanya bila ada sebab yang jelas

Pendidikan kewangan

Ebook, panduan, kelas dan webinar untuk faham wang dengan lebih baik.

Keputusan kewangan lebih mudah bila anda faham asasnya. Kami kongsikan ilmu kewangan dalam bahasa yang mudah, untuk individu dan syarikat.

Apa yang anda dapat

  • Ebook dan panduan langkah demi langkah
  • Kelas dan webinar
  • Kalkulator untuk kira sendiri

Buka akaun

Apa yang anda perlukan.

Akaun unit trust dan PRS dibuka online melalui Manulife Investments dalam lebih kurang 10 minit. Kami ada panduan bergambar untuk setiap langkah.

  • MyKad (atau pasport untuk bukan warganegara)
  • Akaun bank atas nama sendiri
  • Alamat emel dan nombor telefon aktif
  • Lebih kurang 10 minit

Siapa yang mengendalikan servis ini

Unit trust dan PRS dikendalikan oleh perunding berdaftar FIMM. Takaful, insurans, wasiat dan hibah dikendalikan oleh ahli pasukan atau pihak yang berlesen atau berdaftar untuk bidang masing-masing.

Caj dan yuran

Untuk unit trust dan PRS, caj jualan, yuran pengurusan dan caj lain adalah seperti yang dinyatakan dalam prospektus / Disclosure Document dan PHS setiap dana. Kami tidak mengenakan sebarang caj tambahan, dan tidak menawarkan rebat atau diskaun tunai, selaras dengan Kod Etika FIMM.

Mula di sini

Tak pasti servis mana yang sesuai?

Ceritakan situasi anda dalam satu mesej. Kami bantu tunjukkan arah.

WhatsApp Admin kami

Mesej anda akan dihantar kepada Ika (Admin) di WhatsApp.